Sabtu, Ogos 25, 2012

puasa enam

Puasa enam ialah puasa enam hari di bulan Syawal,berpuasa setelah sehari menyambut hari raya puasa. Puasa ini boleh dikerjakan secara berturut - turut enam hari atau tidak asalkan dalam bulan Syawal.Banyak keistimewaannya, sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
" siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan enam hari bulan Syawal, maka seolah - olah ia telah berpuasa sepanjang masa "

 "semoga kita dapat menjalani ibadah ini dengan rasa syukur dan penuh ketaqwaan, kerana di situlah letaknya kita sebagai hamba Allah yang mengikut perintahNya dan meninggalkan laranganNya....."

أم ناول

surah thaha

طَهَ * مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ القُرْءَانَ لِتَشْقَى * إِلاَّ تَّذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَى تَنْزِيْلاً مِمَّنْ خَلَقَ الأَرْضَ وَالسَّمَوتِ العُلَى * الرَّحْمَنِ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى
 khasiatnya ialah dapat melembutkan hati.sesuai dibacakan sebelum memulakan sesi pembelajaran untuk memudahkan hati menerima ilmu...


أم ناول

Rabu, Ogos 15, 2012

Di ambang Aidilfitri




أم ناول

RENUNGAN BUAT INSAN



INGATLAH SEMUA WAHAI INSAN                                     
AMALKAN KEBAJIKAN SEBAGAI BEKALAN
JANGANLAH ABAIKAN PERINTAH TUHAN                       
BERAMALLAH SEBELUM KITA TERLAMBAT                     
AGAR TIDAK MENYESAL DI AKHIRAT                               
SEDARLAH KITA SEMUA HIDUP DI DUNIA                      
CUMA PINJAMAN BUAT SEMENTARA
KITA HANYA PERLU BERSEDIA
AJALKAN DATANG TAK TENTU MASA
DUNIA KIAN MENUJU KEMUSNAHAN
IA TAKKAN KEKAL BERPANJANGAN
BERSEDIALAH KITA DI DUNIA
DI AKHIRAT NANTI AKAN BAHAGIA
KASIH SAYANGNYA ALLAH TIDAK TERKIRA
BUAT HAMBANYA TAK KIRA BANGSA
MELIMPAHKAN RAHMAT SEMUA HAMBANYA
BERSYUKUR PADANYA JANGANLAH LUPA
TUNTUTLAH ILMU WAHAI INSAN
BUAT PENYULUH WAKTU KEGELAPAN
MANUSIA HILANG ADAB DAN SOPAN
MENUNTUT ILMU MEREKA LALAIKAN
INGATLAH SEMUA WAHAI INSAN
JANGANLAH ASYIK MENGEJAR KEMEWAHAN
APABILA MATI SEMUA DITINGGALKAN
BERTAUBATLAH SELALU KEPADA TUHAN
DENGAN DOA JUA KEIKHLASAN
HUSNUL KHATIMAH MENJADI IMPIAN
SEMOGA TUHAN MEMPERKENANKAN




أم ناول

Selasa, Ogos 14, 2012

MALAM 7 LIKUR


Boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan umat Islam Malaysia mengistimewakan malam 27 likur. Malam ini ditandai dengan lampu minyak atau pelita yang dinyalakan di sekeliling rumah. Penduduk bandar tidak ketinggalan, hanya sahaja mereka tidak menggunakan lampu minyak. Sebaliknya mereka menggunakan lampu elektrik yang dinyalakan di pagar atau halaman rumah.

Malam 27 likur sinonim dengan malam 27 Ramadhan. Ramai yang mempercayai bahawa malam 27 Ramadhan adalah malam al-Qadar, atau lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar. Sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Dalam risalah yang ringkas ini penulis akan cuba memperkenalkan Lailatul Qadar kepada para pembaca sekalian berdasarkan keterangan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.


Keistimewaan Lailatul Qadar
Keistimewaan Lailatul Qadar jelas terserlah apabila Allah Subhanahu wa Ta‘ala menurunkan sebuah surah yang khusus untuknya di dalam al-Qur’an. Surah tersebut dinamakan surah al-Qadar dan ia berbunyi:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam (Lail) al-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam (Lail) al-Qadar?
Malam (Lail) al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril
dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya
pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[al-Qadar 97:1-5]

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa Dia menurunkan al-Qur’an al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan Lailatul Qadar. Dalam 365 hari, Allah telah memilih satu hari untuk menurunkan buku panduan kepada manusia, iaitu pada Lailatul Qadar. Lailatul Qadar ini letaknya adalah di dalam bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah dalam ayat yang lain:

Pada bulan Ramadhan yang diturun dalamnya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk serta menjadi perbezaan
antara yang benar dengan yang salah. [al-Baqarah 2:185]

Keistimewaan seterusnya bagi Lailatul Qadar adalah ia lebih baik daripada seribu bulan. Jika dihitung, seribu bulan bersamaan dengan kehidupan selama 83 tahun dan 4 bulan. Ertinya satu malam ini lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ini adalah satu keistimewaan yang tiada tandingannya.

Keistimewaan ketiga bagi Lailatul Qadar adalah pada malam tersebut para malaikat termasuk malaikat Jibrail turun membawa ketetapan bagi segala urusan dalam kehidupan ini.[1] Hal ini dijelaskan lagi dalam ayat yang lain:

Haa, Miim. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam yang berkat;
(Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran.
(Kami menurunkan Al-Quran pada malam tersebut kerana) pada malam yang berkat itu,
dijelaskan tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku.
Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami. [al-Dukhan 44:1-5]

Beberapa alamat Lailatul Qadar
Di dalam beberapa hadis yang sahih ada diterangkan tiga alamat atau tanda bagi mengenal Lailatul Qadar:
1. Pada malam tersebut bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air.[8]
2. Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk.[9]
3. Pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik.[10]
Tiga alamat di atas adalah benar. Akan tetapi seseorang itu hanya akan dapat mengetahui secara yakin Lailatul Qadar setelah berakhirnya bulan Ramadhan dengan menganalisa kesemua sepuluh malam terakhir berdasarkan alamat-alamat di atas. Ini kerana alamat-alamat di atas mungkin wujud secara berbeza-beza di antara malam yang berbeza-beza. Sebagai contoh, malam 21 mungkin memiliki alamat sinaran matahari yang tidak terik pada pagi harinya, malam 23 mungkin memiliki alamat suasana yang nyaman, malam 25 mungkin memiliki suasana yang lebih nyaman berbanding malam 23, malam 27 mungkin disinari dengan bulan yang terbit seperti potongan bekas simpanan air manakala malam 29 mungkin memiliki kesemua tiga alamat sekali gus.

Tujuan diterangkan alamat-alamat Lailatul Qadar bukanlah untuk menetapkan malam yang tertentu tetapi sebagai sumber motivasi untuk terus beramal dalam rangka mencari Lailatul Qadar.


zulianee@skpp14(1)

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. . Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. . Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. . Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. . Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. . Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. . Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak. . Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. Renung - renungkanlah ,apakah Ramadhan yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi mampu menjadi pembakar semangat untuk kita meneruskan perjuangan di muka bumi ini...........Tepuk dada tanyalah Iman



zulianee@skpp14(1)

Isnin, Ogos 13, 2012

Nasyid bertajuk HambaMu...




zulianee@skpp14(1)

cubit -cubit

Lima golongan yang hilang kelayakan mendapat Lailatul Qadar: 1. Orang yang syirik kepada Allah. 2. Orang yang derhaka kepada Ibubapa. 3. Orang yang mempunyai hasad dengki. 4. Penagih maksiat,yang sentiasa melalukan maksiat. 5. Orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan. ya Allah Ya Tuhanku,jauhkanlah diriku dari golongan tersebut...Amin


zulianee@skpp14(1)

pilihan di tangan anda




zulianee@skpp14(1)

Ahad, Ogos 12, 2012

HALWA TELINGA

PERPISAHAN. Sedar tak sedar ramadhan sudah pun hampir di penghujungnya. Kurang seminggu lagi ramadhan akan meninggalkan kita semua, dan syawal pula akan disambut. Bagi mereka yang beriman dan cintakan ramadhan serta taat kepada perintah Allah SWT, hanya kesedihan dan keinsafan untuk berpisah dengan ramadhan kali ini. Tahun hadapan belum tentu lagi dapat berjumpa atau tidak dengan ramadhan. Hanya kesedihan mengiringi pemergian ramadhan kali ini. Manakala bagi mereka yang tidak mencintai ramadhan dan ingkar, pemergian ramadhan sangatlah di alu-alukan kerana selepas ini mereka tidak perlu lagi menyorok di situ sini untuk makan, minum dan sebagainya pada waktu siang. Malah lepas ini dapat buat maksiat yang lebih hebat lagi. Kalau dalam bulan ramadhan, mereka boleh menganjurkan pelbagai pesta liar, entah selepas ini pesta apa lagi yang akan dianjurkan



zulianee@skpp14(1)

Selami Ruh Ramadhan

Umat Islam memulakan sambutan hangat malam pertama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan akur dan patuh kepada larangan baginda nabi صلى الله عليه وسلم daripada berpuasa pada hari terakhir bulan Syaaban. Ertinya, hendaklah puasa sunat di bulan Syaaban tidak bersambungan ke awal Ramadhan, bahkan wajib dipisahkan walau satu hari di antara dua puasa yang berlainan darjat itu. Mari meneliti kecantikan larangan baginda: 1) Agar diketahui oleh setiap yang beriman bahawa antara perkara sunat dan fardhu itu adalah jarak yang tak terukur, berpisahan antara kedua-duanya sehinggakan mereka dapat merasa dan mengesan betapa besarnya ibadah fardhu puasa di bulan Ramadhan. Ia tidak sama kesan, pahala dan kemanisannya berbanding puasa sunat. 2) Agar jumlah sempurna hari Ramadhan (29 atau 30) itu diketahui dan dilaksanakan sesempurnanya tanpa keliru dan samar. Apabila Allah telah menentukan masaNya yang tetap, maka pengurangan atau penambahan oleh manusia adalah tanda enggan, ingkar dan mempermainkan hak Allah. Justeru selang sehari antara dua jenis puasa yang berlainan itu adalah tanda ketaatan untuk tetap dan berhemnti pada setiap kalimah dan ayat Allah yang berfirman ke atas hambaNya. 3) Agar termeteri satu keseragaman yang indah di antara larangan berpuasa di hujung Syaaban dengan penantian anak bulan Ramadhan dengan larangan puasa di hari raya ‘Eidul Fitri, iaitu sebaik sempurna jumlah hari bulan Ramadhan dengan kehadiran anak bulan Syawaal. Maka semakin jelaslah kekuatan dan kemuliaan bulan Ramadhan yang diangkat tinggi darjatnya oleh Allah berbanding bulan-bulan yang lain. 4) Agar menjadi latihan buat setiap yang beriman agar tidak melampau di dalam beribadah sehingga melintasi garis sunnah al Rasul صلى الله عليه وسلم. Baginda sentiasa memantau dan menegur kesungguhan para sahabatnya di dalam mencari ridha Allah agar berpegang pada sunnah baginda dan tidak mencipta kependitaan yang direka-reka yang tidak pun difardhukan ke atas mereka. Larangan puasa pada ‘hari syak’ di hujung Syaaban dengan itu, adalah juga selari dengan larangan berpuasa sepanjang masa melebihi ibadah puasa terbaik oleh nabi Daud alaihissalam. 5) Agar ibadah bersahur dan berbuka pada 1 Ramadhan adalah paling manis, seindah ‘malam pertama’. Selamat menyambut malam pertama Ramadhan dengan penuh rasa syukur dan taubat. Tuhanku, terimalah taubat dan kembaliku kepadaMu..


zulianee@skpp14(1)

MUHASABAH DIRI

Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233) Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban) Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i) Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim) Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari) Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari) Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5) Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim) *


zulianee@skpp14(1)

NOTA PEMBELAJARAN

الدرس الخامس (TAJUK KELIMA ) الحَيَوَانَاتُ ( HAIWAN - HAIWAN ) Di akhir pembelajaran,ustazah harap murid - murid dapat : 1)Menyebut 6 nama haiwan - haiwan dengan betul mengikut sebutan guru. 2)Menyatakan semula 4 daripada 6 nama haiwan dengan betul. 3)Menulis 4 daripada 6 nama haiwan dengan betul.



zulianee@skpp14(1)

NOTA PEMBELAJARAN

الدرس الرابع ( TAJUK KEEMPAT ) الخَضّارُ ( SAYUR - SAYURAN ) Di akhir pembelajaran,ustazah harap murid - murid dapat : 1) Menyebut 4 nama sayur - sayuran dengan betul mengikut sebutan guru. 2) Menyatakan semula 2 daripada 4 nama sayur - sayuran dengan betul. 3) Menulis 2 daripada 4 nama sayur - sayuran dengan betul.



zulianee@skpp14(1)

NOTA PEMBELAJARAN

الدرس الثالث ( TAJUK KETIGA ) الأَدَوَاتُ الدِّرَسِيَّةِ ( PERALATAN SEKOLAH ) Di akhir pembelajaran ,ustazah harap murid - murid dapat : 1) Menyebut 6 nama peralatan sekolah dengan betul mengikut sebutan guru. 2) Menyatakan 4 daripada 6 nama peralatan sekolah dengan betul. 3) Menulis 4 daripada 6 nama peralatan sekolah dengan betul.



zulianee@skpp14(1)

Sabtu, Ogos 11, 2012

Menghayati Roh Ramadhan

Umat Islam memulakan sambutan hangat malam pertama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan akur dan patuh kepada larangan baginda nabi صلى الله عليه وسلم daripada berpuasa pada hari terakhir bulan Syaaban. Ertinya, hendaklah puasa sunat di bulan Syaaban tidak bersambungan ke awal Ramadhan, bahkan wajib dipisahkan walau satu hari di antara dua puasa yang berlainan darjat itu. Mari meneliti kecantikan larangan baginda: 1) Agar diketahui oleh setiap yang beriman bahawa antara perkara sunat dan fardhu itu adalah jarak yang tak terukur, berpisahan antara kedua-duanya sehinggakan mereka dapat merasa dan mengesan betapa besarnya ibadah fardhu puasa di bulan Ramadhan. Ia tidak sama kesan, pahala dan kemanisannya berbanding puasa sunat. 2) Agar jumlah sempurna hari Ramadhan (29 atau 30) itu diketahui dan dilaksanakan sesempurnanya tanpa keliru dan samar. Apabila Allah telah menentukan masaNya yang tetap, maka pengurangan atau penambahan oleh manusia adalah tanda enggan, ingkar dan mempermainkan hak Allah. Justeru selang sehari antara dua jenis puasa yang berlainan itu adalah tanda ketaatan untuk tetap dan berhemnti pada setiap kalimah dan ayat Allah yang berfirman ke atas hambaNya. 3) Agar termeteri satu keseragaman yang indah di antara larangan berpuasa di hujung Syaaban dengan penantian anak bulan Ramadhan dengan larangan puasa di hari raya ‘Eidul Fitri, iaitu sebaik sempurna jumlah hari bulan Ramadhan dengan kehadiran anak bulan Syawaal. Maka semakin jelaslah kekuatan dan kemuliaan bulan Ramadhan yang diangkat tinggi darjatnya oleh Allah berbanding bulan-bulan yang lain.


zulianee@skpp14(1)