PERPISAHAN. Sedar tak sedar ramadhan sudah pun hampir di penghujungnya. Kurang seminggu lagi ramadhan akan meninggalkan kita semua, dan syawal pula akan disambut.
Bagi mereka yang beriman dan cintakan ramadhan serta taat kepada perintah Allah SWT, hanya kesedihan dan keinsafan untuk berpisah dengan ramadhan kali ini. Tahun hadapan belum tentu lagi dapat berjumpa atau tidak dengan ramadhan. Hanya kesedihan mengiringi pemergian ramadhan kali ini.
Manakala bagi mereka yang tidak mencintai ramadhan dan ingkar, pemergian ramadhan sangatlah di alu-alukan kerana selepas ini mereka tidak perlu lagi menyorok di situ sini untuk makan, minum dan sebagainya pada waktu siang. Malah lepas ini dapat buat maksiat yang lebih hebat lagi. Kalau dalam bulan ramadhan, mereka boleh menganjurkan pelbagai pesta liar, entah selepas ini pesta apa lagi yang akan dianjurkan
zulianee@skpp14(1)